LOCATION LOCATION LOCATION
Bila masuk bab nk pilih lokasi perkahwinan, kita akan dengar macam jenis pendapat,. Tapi selalunya kita akan beberapa pilihan. Nak buat kat dewan pun boleh, rumah pun boleh cuma kedua dua lokasi ni akan ada pros cons nya lah.
1) Rumah
Pros: Jimat, Senang pusing pusing pun dalam satu rumah
Cons: Triple penat nak mengemas rumah, before majlis pun penat, lepas majlis extra penat.
Jangan sebarang nk pasang lagu kahwin/or fefeeling nak karaoke bagai, kena inform and minta kebenaran jiran tetangga juga kot kot ada yang ada anak kecil, kita bergembira kat sini, diorang kena layan anak yang terganggu untuk tak nak kasi menangis.
Nak tutup jalan pun beritahulah jiran dulu and minta kebenaran pihak berkuasa.
2) Dewan
Pros: Lebih selesa ada yang siap air cond, kita selesa tetamu pun selesa. Boleh jemput ramai ikut kapasiti dewan yang kita pilih. Parking pun lebih mudah.
Cons: Harga dewan tapi tu pun bergantung lah kepada budget masing masing. Kalau itu sahaja budgetnya, cari lah dewan yang sesuai. Kena booking awal, jangan buat eh nanti eh kejap lagi, eh tunggu esok, lewat sejam pun boleh buat kita terlepas dewan idamann..
3) Hotel
Pros: Nampak lebih mewah, mungkin dari segi hiasan akan nampak extra special.
Cons: ka ching! Limited guest so kena betul betul pilih siapa yang paling rapat.
4) Masjid
Pros: Menggalakkan gotong royon, rasa lebih 'diberkati'
Cons: Kena ingatkan tetamu tentang aurat di masjid serta jangan sampai ganggu jemaah masjid.
Tips bila tengah fikir fikir nk pilih majlis kat mana ni adalah:
1) Kalau kata pilih dewan, biarlah yang dekat dengan area rumah. SEBAB senang bila nak balik semula untuk touch up make up, unless memang dah prepare bilik hotel yang dekat dengan lokasi dewan.
2) Pilih lah yang memudahkan semua orang. Maksudnya yang tak buat orang confused, Ini kalau dah pakai waze pun still sesat, kesian orang datang dari jauh nak meraikan kita terpusing pusing nk cari lokasi majlis.
3) Parking. Ruang parking kalau boleh biarlah cukup senang orang nak parking dan dekat nk berjalan takde lah sampai jauh nya nk smpai sempat berpeluh lah.
xoxo,
Cik So
No comments:
Post a Comment