Shopping di Pameran Pengantin! Betul ke berbaloi?
Ikut nawaitu masing masing and stick with it. Sometimes kita berniat nak 'jenguk' pameran pengantin dengan mission nak dapatkan the best package. For me, paling penting pilih pakej yang logik dan mengikut kesesuaian bajet anda. Selalunya kita dah tekad nk pilih yang bawah RM2,000 je untuk photography package (contohnyaaa yeee) alih alih bila dengar ayat 'ala kahwin sekali je, mesti nk simpan momen indah tu kan, kalau dapat yang hancus, menyesal pun dah tak guna'. Kita pun oleh kerana risau kita menyesal di kemudian hari, kita pilih menyesal di awal hari lagi. hehehee.. yelah datang pameran pengantin niat nk cari paling terbaik ikut bajet, alih alih terrroveeer budget lah pulak.
TAPI bila terlampau murah, aih risau jugak. Selidik lah sedalamnya kot kot ada 'hidden charge'. Lagi bagus lepas dgr explanation tuan sadiq sigaraga tu, kita follow facebook or instagram diorang and balik rumah kaji buat research pasal company ni. Tengok comment or review orang. TAK ADA orang buat business nak untung ciputtt je. Harga promosi harga promosi jugak tapi tak de lah sampai buat diorang rugi. Logik la kan, diorang nk masuk pameran tu pun dah bayar tapak berapa. Tiba tiba kasi harga pecah kepala. Kita pun kena faham, diorang bukan badan kebajikan, mestilah nk untung.
Paling penting, bakal pengantin jangan terburu buru. Pergi hari sabtu or maybe jumaat lepas habis kerja ambil feel dulu ambil semua brochures and flyers dengar sikit explanation diorang, balik check dalam ig and facebook or maybe website, lepas tu dah puas hati, hari ahad lock deal. Kalau diorang kata ' hari sabtu ni last deal ni bang, kalau abang datang hari ahad tak dapat dah deal ni' Tak apa, bukan rezeki kita la tu, kot kot hari ahad diorang kasi deal lagi murah sebab nk kejar sales ke kan. kot kot lahh.
Okay apa pergi pameran pengantin, boleh terus cari semua yang diperlukan under one roof, cuma kena bijak memilih ikut bajet dan kemampuan masing masing :)
xoxo,
Cik So
Okay apa pergi pameran pengantin, boleh terus cari semua yang diperlukan under one roof, cuma kena bijak memilih ikut bajet dan kemampuan masing masing :)
xoxo,
Cik So
